cerita aku....

blog ceritera perjalanan hidupku..dan juga isu isu sekeliling aku yang jika aku rajin,akan dikupas sikit sikit..begitu juga makhluk makhluk yang berlegar di sekeliling aku..

Sunday, February 7, 2010

kemaluan.

hari ini, hari dia berasa sungguh lega. apa yang lebih menggembirakan apabila kelas tamat pada tengah hari jumaat dengan nasi minyak yang sedang menunggu? tiada!

dia berjalan dengan langkah bergaya. pandangan fokus ke hadapan. bukannya apa, dia pernah terbaca, jika berjalan dengan pandang fokus ke hadapan dapat membuatkan seseorang jadi kelihatan lebih berkeyakinan tinggi.

tiba-tiba. ya, saya tahu perkatan tiba-tiba itu klise, tetapi bukankah hidup ini sememangnya penuh dengan kejutan yang tidak disangka-sangka?

ada seseorang menegur dia dari arah tangga. seorang gadis. tetapi dia kurang jelas akan apa yang dia dengar, maka dia mengabaikan sahaja. dalam fikiran, nasi minyak, pandang kehadapan.

"suzilon, zip kau terbukalah." dia buat-buat tak dengar.

dalam hati, haaa. apa? zip? terbuka? sambil kepala menoleh ke bawah meraba-raba bahagian yang berkenaan. eh, sempurna sahaja sifatnya.

"suzilon. tak dengar ke? zip beg kau tu terbuka."

oooowh. cheh, buat orang terkejut je. cakaplah awal-awal. usai mengzip beg, suzilon kembali berjalan dengan penuh bergaya. hujung sana, nasi minyak masih menunggu, melambai-lambai kedatangan suzilon. ayuh!

Tuesday, February 2, 2010

sudah lama aku tidak berjalan di sini.


Sudah Lama Aku Tidak Berjalan Di Sini (Satu) (dan mungkin tiada yang keduanya)

sudah lama aku tidak berjalan di atas lebuh ini. semuanya kini seakan sudah berubah. eh, apa pula yang ada di hujung sana? dan kenapa langit di sekitar gelap, seakan-akan ingin menelan segala di dalam dan juga di sekelilingnya? ah. aku mesti berlari, jika tidak aku akan tertinggal.

(berlarilah, teruskan berlari. sampai mati pun kau akan berlari)

sudah lama aku tidak berjalan di sini. aku rasa, sudah hampir setahun sejak aku meninggal lebuh ini gara-gara kurangnya makanan yang dapat kumakan. lapar benar, aku tak tertahankan lagi. tapi, kini bila kurenungkan kembali. adakah aku lapar kerana meninggalkan lebuh ini atau lebuh ini yang menyebabkan aku lapar? kukira benda di hujung sana. ya, di hujung sana mungkin merupakan jawapan kepada persoalan yang sekian lama kucari. sebelum itu, untuk pergi ke sana atau sekurang-kurangnya, dapat melihat apakah bendanya di hujung sana, aku perlu menerangkan dahulu langit ini. tapi, bagaimana? aku bingung.

sudah lama aku tidak berjalan di sini. (bukankah kau kata kau mahu berlari? berlarilah. berlari tanpa henti kerana sampai mati pun kau akan terus berlari). antara cahaya yang melambai-lambai di hujung, mencerahkan cahaya di langit, dan mengejar sesusatu yang akan meninggalkanku. mana satu harus aku selesaikan dahulu?

...

Thursday, January 28, 2010

Menatap Peta di Tengah Kota

Setelah jauh tersesat
kugenggam erat selembar peta
yang akan menata langkah
ke lembah kedamaian.

Bonda
kejauhan di rumah budaya, benarlah
“Ulu desa serba melukis, damai
bianglala permai bersama menghiris
pawana meneduh saujana.”

Kini di tengah kota
sebalik cermin bersilauan, dan
bangunan gigih membelah
lapisan langit
yang kulihat adalah
wajahku bersalut debu.
Lantas kutatap selembar peta
tetapi, mampukah peta ini memandu
aku yang jauh tersesat
ke lembah kedamaian?


Amirul Hamudin

Bukit Bintang


(tersiar dalam Berita Minggu 10 januari 2010)

Tuesday, January 26, 2010

Puteri Hijau


Puteri hijau,

Peluklah aku dalam lembutmu

Membenarkan aku terus hidup

Menghirup, menghirup dan terus menghirup

Hembusan kasih yang kau berikan.


Puteri hijau

Mengalun-alunkan irama kedamaian

Di tengah itulah kesaksian

Cinta kita bersatu

Kau teduhi aku dari jahatnya

Mentari yang mencucuk-cucuk

Lindungi aku dari dahsyatnya

Ciuman hujan yang bergemelatuk.


Puteri hijau

Kau tinggalkan aku keseorangan

Mati dibunuh insan pelupa

kawan ku berkata

“mentari kini makin membara, menyala”

dan aku hanya mampu tertawa.


Amirul Hamudin

Kolej Mara Banting.

(tersiar dalam Dewan Siswa Oktober 2009)

Sunday, January 24, 2010

persahabatan, menyendiri dan sebuah gunung.

jauh di hujung horizon, dia bersandar pada gunung itu.
dia menyepi, menyendiri.
"untuk apa guna persahabatan jika,
semuanya kelam lalu menikam atma dan rasa?
jika tika langit hitam
tapi tiada yang menyuluh terangkan?"
itu bisiknya pada pawana,
yang membawa lalu tertebar ke ruang telingaku.

baik, saya tahu. kata dia itu amat,
sangat, kabur dan ambiguas.
tetapi ianya benar bukan? atau,
anda sebagai kawannya akan terus menafikan
lalu berlalu tanpa mengendah sedikit rasa? teruskan.

dia sudah puas memetik rerumput tika bersandar
rumput layu, dan menguning.
lelabah yang memanjat gunung sungguh tabah
dia cuba melihatnya tanpa
hilang sebutir bosan, kerana harapan itu
masih ada.
lelabah juga rupanya hilang. entah.
mungkin sudah tiba di puncak tinggi, titik gunung ini.
siapa tahu?

mazmumah akan terus membalut. dan kebenaran,
baginya adalah fana. kerana dia diabaikan
atau dia yang mengabaikan diri, persoalan itu
anda yang kena jawab. ingin membiarkan sahaja dia mati?
maafkan saya, dia memang sudah mati.

mati dari masa lalu.
mati di puncak lalu.
mati tika memerlukan.

dan yang anda lihat ini,
bukan dia, tetapi bayangnya.
ya, dia sudah lama mati.
seperti lelabah dan rumput di kaki sebuah gunung.

Wednesday, January 20, 2010

Adam dan Hawa

Lama aku tak kemaskini. maaf pembaca (ada ke. heh). jadi aku perturunkan ini. tak mengapa siarkan, sebab lebih kepada luahan emosi dan perasaan. jika perasan, nama adam dan hawa tidak menggunakan huruf besar. ye lah, ianya umum dan tidak merujuk kepada Nabi Adam dan Hawa.

ok. cukup hint. selebihnya korang tafsir sendiri.
kalau tak nanti tak berfikir, dan
tak teliti. nak faham kena teliti, huruf besar, titik, koma,
nama, simbol, semua memainkan peranan. cukup sudah.
selamat menjamah...

Adam dan Hawa

Adam dan hawa. manusia suci. Dahulu kala tinggal,
gembira menghuni syurga. Meski iblis
cuba memenggal kebahagiaan indah
tetap tabah adam menghadapi ujian
tidak termakan sikit kata dan hasutan
kerana kuatnya iman, takwa.

Lalu iblis menghasut hawa, kerana
sudah roboh semangatnya, adam
bukanlah manusia biasa. Hawa
mungkin lebih senang, lalu
hawa membisik kepada adam.
Sehinggalah dia termakan khuldi
tersungkur mati, turun
rebah ke bumi. Kebahagian lama sudah
hilang, tercekik di rongga taubat
meronta adam mencari hawa
entah berapa tahun, setelah
berapa negara merentasi, mengembara.
Jumpalah adam
kebahagian yang dicari.

Amirul Hamudin,
kolej mara banting.

p/s: diorang bertemu kembali kat mana? lupa pula...
maaf akan segala lewah dan kehodohan, ketidak puitisan.
tergesa menghasilkannya. tidak diedit sangat.

Monday, January 4, 2010

Azam aku dan hidup baru.

sejak 1muharam haritu aku dah fikir nak apa azam tahun ni.
akhirnya, petang ni sebelum balik kmb, aku dah dapat.
1azam baru.

azam aku, aku cuma
nak laksanakan azam tahun lepas. cukuplah.
doakan.

owh ye, kawan kawan.
doakan hidup aku lepas ni ceria ye.
anda tentu nak tengok saya
terus tersengih gembira kan?
:D

dan, tolong tolong tolong
doakan hidup aku kat kmb
dipermudahkan Dia.
doakan ye kawan kawan?
IB lagi berapa bulan ja lagi.
tak lama dah...
dengan kerja yang masih bertimbun.
dan, benda yang banyak perlu dibaca

harapnya

aku akan dapat balik kekuatan dan
semangat macam dulu.
aku nak berjaya. yeay!

nanti masa cuti
kau berkarya lah puas puas ye amirul
sekarang fokus ib
tak payah mengada
jangan nak cemburu dengan kawan mpr lain
tak tentu hala.
selamat tinggal cerita aku.

salam dan selamat petang. :)

(saja berkata dengan diri sendiri.
macam rehalibitasi gitu)

Sunday, January 3, 2010

AKU

Kalau sampai waktuku
Ku mahu tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi.

Chairil Anwar