Wednesday, May 4, 2011

Rawak.


1) Semakin besar, semakin berdikari, semakin menyendiri. Bukan? :)
Berseorangan di Bangunan Niaga UCD tika ini, seorang dalam erti kata, tiada yang saya kenal di meja depan dan sebelah, dan lain lain meja. Waktu waktu beginilah kita akan masuk ke dalam lembah yang baru, yang sepatutnya kita sudah jumpa dari dahulu.

Kerana lembah itu adalah diri kita,
yang sedang kita teroka! Ya, kita
baru hendak mengenal diri. :)


2) Hikmah. Hikmah itu didatangkan dalam banyak cara, tetapi sering kita tidak nampak. Kerana selalunya yang pahit itu berlaku dalam detik yang sama, tika itu juga. Sedang kebaikannya, selepas itu. Allah.

Andai sahaja jika kita melihat jauh sedikit sahaja, bukan? Seorang kawan yang baru sahaja berlaku kejadian yang malang. Dia tidak belajar daripada sejarah, berlaku dua kali. Maka, sudah tentu ianya lebih pedih! Tetapi, setelah diperlakukan sedemikian oleh sang teruna, hadirnya dengan senyum.

"Aku dah tak percaya lagi. Aku dah bagi tau naqibah aku yang aku nak isi borang BAITUL MUSLIM."

Allah, Allah. Indah bukan? Sungguh drastik perubahannya. (doakan moga kekal) Memang, kadang aku suka biarkan orang degil (tanpa merujuk sesiapa) selepas puas dinasihati sebab 'peoples sometimes have to learn the hardest way'. Sungguh, amat besar hikmahnya. Usah bersedih lagi sahabat, ada yang gula bersalut madu di hadapan. :)


3) Buku. Ya, sudah pening dengan Vander, Costanzo, dan entah apa lagi segala bagai nama. Kini aku dikejutkan dengan khabar daripada akak ku yang memberitahu bahawa Tiga Kali Seminggu, Duka Tuan Bertakhta, Sebongkah Batu Di Kuala Berang dan entah apa lagi yang aku minta belikan di PBAKL sudah pun menanti kepulangan ku kelak.


Subhanallah wabihamdihi, subhanallah hiladzim.

Ini hanyalah secebis dari tebalnya buku sebab untukku belajar dengan lebih gigih lagi. Terima kasih keluarga yang memahami. :)


4) Happiness Index. Education Index.

Sedang membaca ekonomi, sambil sambil itu sahaja tangan gatal ingin mencari fakta tambahan di internet. Terjumpa fakta bahawa, australia adalah negara nombor satu, wahid, one untuk education index, tetapi seratus lebih untuk happiness planet index. Begitu juga dengan negara negara lain yang di atas untuk Happiness, tetapi di bawah untuk education. Jadi, ini secara inferensnya, adalah sebuah hubungan berkadar songsang.

Serius. Jika aku merupakan seorang professor atau ada PhD dalam ekonomi, aku nak buat model equilibrium untuk happiness dengan education index. Jadi, pada titik itulah sepatutnya kita berada. Bukan? :)


Baiklah, masa untuk kembali membaca fakta yang melangit tingginya. Doakan saya juga moga moga lepas periksa ini dengan cemerlangnya ya sahabat. Periksa dunia.

:)
Wassalam.

1 comments:

panda putih said...

good luck! wah, xbeli laagi buku yang mirul suruh kakak mirul beli.. T_T