1. Berjalan aku di atas asfalt, debu ini telah lama menghitamkan tubuh. Tapi darinya terhampar juga sebuah perjalanan hidup yang suci. Jika kotor sekalipun, itu adalah kerja aku. Suara itu memanggil, masih lagi memanggil. Moga-moga aku sempat sampai sebelum semuanya selesai.
"Hayya alassolah..."
2. Perjalanan adalah kehidupan. Orang sering membuka laman sesawang untuk melihat sekian banyaknya wayang. Perasaan ingin merasakan diri penting ialah apa yang meneruskan aktiviti di muka buku. Mungkin, untuk sesetengah orang. Oleh itu, aku melarikan diri.

Dapatkah kamu dengar, bunyi hujan itu? Hujan pagi yang lemah.
3. Mungkin, ramai yang membenci aku. Tetapi aku masih punya kawan. Kawan yang setia seperti kamu merupakan antara sebab untuk hidup. Tidak, seorang kawan tidak perlu mati, berkorban untuk melihat kawannya gembira, sebaliknya dia perlu hidup untuk kegembiraan mereka. Kini aku di Stesen KTM Serdang, menunggu tren datang.
Bersama harapan, akan ada kawan di dalamnya.
Bersama harapan, akan ada kawan di dalamnya.
4. Awal pagi hujung minggu sering menjadi pagi yang syahdu, jika hujan renyai turun. Untuk itu, tren yang tiba adalah rahmat Tuhan. Aku duduk di sebelah seorang perempuan bertudung labuh. Dia kelihatan ayu dengan alis mata dan keningnya yang sedikit tebal. Kulit kuning langsat, dan sebingkai cermin mata kuning cair menyopankan wajah yang sedia lembut dalam kurungan baju kurung sutera brunei.
Aku cemburu buta. Bukan sahaja pada kecantikannya, tetapi juga dengan ketekunannya mengalun ayat suci al-Quran, surah Ar-Ra'd setepatnya, di sepanjang perjalanan menuju ke Timur.
Aku cemburu buta. Bukan sahaja pada kecantikannya, tetapi juga dengan ketekunannya mengalun ayat suci al-Quran, surah Ar-Ra'd setepatnya, di sepanjang perjalanan menuju ke Timur.
5. Tudung dan pakaianku sudah kering. Aku terlelap rupanya. Masih dengan mimpi yang sama.
"Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air)." 13:12
Jazirah sana adalah harapan. Di bandar, aku dibenci. Kerana kesilapan lalu, tidak seorang pun memaafkan. UCD, selamat tinggal.
Syukur, kumasih ada Mu Tuhan. Dapatkah kamu dengar itu, Dia berbisik dari jalan yang tidak disangka-sangka?
6. Hai, nama saya Saidatur Wannurul Huda Bilnajwa. Kamu? Sapanya setelah menamat kan dengan,
Syukur, kumasih ada Mu Tuhan. Dapatkah kamu dengar itu, Dia berbisik dari jalan yang tidak disangka-sangka?
6. Hai, nama saya Saidatur Wannurul Huda Bilnajwa. Kamu? Sapanya setelah menamat kan dengan,
"... “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan juga disaksikan oleh orang-orang yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah”." 13:43
Ah, aku hanya mampu tersenyum indah sambil melihat dari ruang tingkap setelah menjawab. Di luar sana, masih luas rupanya
2 comments:
like!
Terima kasih Qusyai.
:)
Post a Comment