(Dengan dedikasi kepada mereka yang merasa takdirnya 'tidak cukup baik' menjelang raya ini.)
1. Ramai antara kita, termasuk diri sendiri, tidak menghargai nikmat yang sedang berada di hadapan mata. Lalu dirasakan dirinya kurang bernasib baik, dirasakan dia adalah insan yang malang, kebahagiaan itu seolah-olah memang tidak akan pernah memberi salam di depan pintu kehidupan.
2. Ramai juga antara kita yang keliru kebahagiaan, keseronokan dan kesenangan. Kita merasakan kita bahagia bila kekayaan menjelma, sedang yang kita dapat hanyalah keseronokan. Ada rakan dilimpah dengan kesenangan. Belajar - sekali sahaja baca sudah ingat dan faham, duit melimpah ruah dari ibu bapa dan biasiswa, dan kita merasa dialah insan bahagia.
Sedang malamnya sebelum lena di perbaringan, kosong memikirkan hakikat kehidupan. Dia pula yang 'pening' melihat rakan lain mampu tersenyum sedangkan mereka kurang berbanding diri.
Sedang malamnya sebelum lena di perbaringan, kosong memikirkan hakikat kehidupan. Dia pula yang 'pening' melihat rakan lain mampu tersenyum sedangkan mereka kurang berbanding diri.
3. Sedangkan,
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (Yunus: 62)
Siapakah wali-wali Allah? Lalu Allah menyambung,
"(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa (63). Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar." (64) (Yunus: 63-64)
4. Kita sering terlupa akan negeri akhirat, alam barzakh, syurga dan neraka, sedang itulah kehidupan yang hakiki. Mungkin, selepas ini apabila kita hendakkan sesuatu tetapi tidak dapat, wajar untuk kita ingat bahawa barang itu (jika ianya material) tidak pula akan dibawa bersama ke kubur. Apabila bersedekah banyak, duit itu juga tidak kita bawa ke kubur, sebaliknya benda yang dimanfaatkan daripadanyalah yang akan membawa. Lalu, untuk manfaat yang sama terdapat banyak pilihan lain untuk kita gunakan, adakah kita mensyukuri?
5. Ini mengingatkan kita kepada kata-kata seorang bekas mufti, bahawa ramai yang boleh bersabar tetapi tidak ramai yang mampu bersyukur. Semalam, ketika keluar berbuka bersama seorang sahabat (moga Allah memberkati ukhwah kami), saya sahaja mengumpan dalam perjalanan ke meja makan usai solat fardhu maghrib, lebih kurang,
"Tengok-tengok, makanan kita dah kena kemas."
Katanya, "Kau jangan bro. Kita baru makan side order sahaja"
"Tapi benda dah nak jadi macam mana, sabar je lah."
"Haha, kita makan tempat lain. Sabar je lah, benda dah nak jadi."
"Tapi tak cukup, kita kena syukur juga untuk setiap yang terjadi ke atas kita."
"Tapi tak cukup, kita kena syukur juga untuk setiap yang terjadi ke atas kita."
"Ada limit dia weh..." Saya lihat dia hanya tergelak kecil.
6. "Ada limit dia weh..."
Benar, tingkatan mereka yang bersyukur lebih tinggi menurut sesetengah ulama, sebab itu
"... Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur." (Saba: 13)
7. Justeru, marilah kita menjadi sebahagian kecil mereka yang bersyukur dan sentiasa mengingati Allah ini, insya-Allah. Kelak nescaya kebahagian akan datang melalui pintu hidup kita yang tidak kita sangka-sangka. Dan hanya kepada-Nya jualah kita akan kembali.
Wallahualam.
Notakaki: Kita merujuk kepada saya.
2 comments:
alhamdulillah...sronok baca perkongsian ni.peringatan buat diri sendiri jugak.syukran!
nice post mirul.. btol2..slalunye kita rasa diri kita malang..sbb kita x nmpk nikmat dpn mata..
slamat ari rye..maaf zahir batin
Post a Comment