Sebenarnya, apa yang dicari bila kita membaca sebuah buku? Apabila kita menuntut ilmu? Akan diapakan ilmu yang diperoleh tesebut?
Saya bercakap mengenai sinar sinar ilmu yang kita jejak, tetapi luar dalam bidang kita untuk bekerja kelak. Sosial politik, sosial ekonomi, falsafah, teologi, psikologi, perhubungan antarabangsa, sains politik, modenisme dan perang dunia pertama, penulisan dan bahasa, dan pelbagai lagi.
Adakah kita ingin menjadi seorang yang berilmu, lalu mengubah orang lain juga? Apakah faktor yang membuat sesetengah orang begitu gembira apabila mempunyai peluang mempelajari, membaca perihal sains sosial sehingga sanggup membayar ribuan ringgit sedang dia tidak akan menggunakannya apabila bekerja kelak?
Sedang dalam masa yang sama, ada orang yang tidak mahupun belajar walau diberi peluang secara percuma.
Dan kita bercakap mengenai sistem, mengenai merubah orang, kesalahan proses sehingga gagal menghasilkan produk.
Apa sebenarnya yang kita mahukan?
1 comments:
Mula-mula baca memang tak faham. Tak tahu isu semasa. Lepas dah tengok youtube segala apa kemudian terbaca. Baru faham si penulis memaksudkan apa. :)
Post a Comment